Followers

Monday, May 10, 2010

PRK Sibu: Pas Mengeksport Kecelakaan Politik ke Sarawak


Bermulalah episod Bumi Kenyalang dicemari dengan politik kasta rendah.

Kalau sebelum ini Gerombolan Pakatan Pembangkang sangat bernafsu menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai medan mengkhianati usaha murni BN memajukan rakyat dan negara, kini dikembangkan pula menyeberangi Laut China Selatan.

PRK Sibu 16 Mei ini telah digunakan oleh Pas untuk menunjukkan kesetiaan kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang dengan memberikan sokongan padu kepada rakan DAP. Pas begitu setia dan beristiqomah menjadikan dirinya alat DAP yang memperjuangankan Malaysian Malaysia.

Menariknya ialah, inilah kejayaan pertama Pas berjaya menjejakkan kakinya di bumi Sibu untuk mengembangkan ajaran sesatnya itu. Sebelum ini Pas tidak laku sama sekali di bumi sarawak malah ranting yang telah diwujudkan hanyalah seperti ranting kering yang tak berfaedah. Bagi seluruh 31 buah kawasan parlimen Pas hanya mampu berjudi nasibnya di Batang Lupar, Petrajaya dan Sadong Jaya dalam keadaan hidup segan mati tak mahu kerana tiada yang berminat.

Kesetiaan Pas untuk terus menjadi alat DAP dalam PRK Sibu diterjemah dengan menghantar tentera fisabilillah seramai lebih 300 orang. Walaupun hakikatnya Pas memang lemah dan tidak bermaya di Sarawak, tetapi mereka berusaha juga untuk menunjukkan parti sesat itu kuat dan berpengaruh dengan membawa pelakon-pelakon bertopeng termasuklah Dr Mariah Mahmud, Dr Hassan Ali, Abu Bakar Chik, Sallahuddin Ayub, Husam Musa, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah serta pentaksub-pentaksub lain.

Dijangkakan Pas akan menggunakan kepakaran mereka menyuburkan rasa benci dengan segala macam fitnah dan isu yang direkacipta dan dihiasi dengan nas dan hadith. Pasti di kalangan masyarakat Islam mereka akan melaungkan slogan "membangun bersama Islam" manakala di hadapan bukan Islam mereka akan melaungkan slogan "negara berkebajikan". Apapun natijah daya usaha mereka adalah untuk menyuburkan kebencian terhadap kerajaan.

DAP pasti amat berbangga dengan kesetiaan Pas dalam merelakan diri mereka terus diperalatkan. Dengan ini tugas dan cita-cita DAP untuk menuju ke arah menukar perlembagaan negara dapat diteruskan.  Pilihan raya ini juga dijadikan medan lanjutan Gerombolan Pakatan untuk meneruskan misi mengkhianati masyarakat Malaysia. Kerana itulah Pas seperti telah diwahyukan untuk berkampung di Kampung Hilir, Jalan Masjid dalam Dun Nangka.

Samada calon DAP, Wong Ho Leng menang atau kalah, pada Pas bukanlah keutamaan. Pas amat bernafsu untuk membunuh UMNO dan kerana itu kempennya tidak akan terlepas dari mengajak orang ramai membenci UMNO walaupun calon dari parti komponen lain yang bertanding.

Marilah sama-sama kita perhatikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...