Followers

Saturday, June 4, 2011

Setelah Gagal Di Perak, DAP Hanya Berpengkalan Di Penang dan Selangor


Cuba kita bayangkan bagaimana jika China DAP memerintah Negara Kita.

Baca seterusnya dari Blog novandri.blogspot.com


Ada satu isu yang menarik di Pulau Pinang mengenai operasi pihak polis memberkas pelacur dan sarang pelacur. Baru-baru ini, pihak polis telah dibidas oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo kerana kononnya tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

Surat berbahasa Cina pula telah mensensasikan isu ini di dalam laporan mereka. Pihak polis dituduh sewenang-wenangnya hanya kerana tanda di badan dan gari.


Selain daripada Andrew Khoo, seorang lagi yang melenting ialah Pengarah Tenaganita Irene Fernandez. Beliau pun mengatakan rasa terkejut.



Irene Fernandez dan Anwar Ibrahim

MiM tidak faham kenapa isu tanda dan gari ini telah disensasikan oleh suratkhabar Cina dan juga beberapa NGO di Pulau Pinang. Pihak polis hanya menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. 

1. Cuba bayangkan di dalam kegawatan untuk menangkap dan mengawal 30 wanita asing itu, tiba-tiba ada yang panik dan cuba melarikan diri tanpa digari.

2. Beliau mungkin cedera atau mati terjun dari tingkap atau lari melintas jalanraya untuk melepaskan diri.


3. Ketika itu, 
Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo dan Pengarah Tenaganita Irene Fernandez akan melenting dan menyalahkan pula pihak polis kerana tidak menggari pelacur-pelacur tersebut! 

Secara rasionalnya,
 kelantangan NGO's dan wartawan Cina yang melaporkan isu itu tidak berasas dan tidak sepatutnya terjadi jika mereka benar-benar bijak.

Mereka mempunyai saluran-saluran yang lebih efektif dan profesional seperti mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negeri sendiri.


Tetapi tidak! 


Malah, sensasi yang dibawa oleh suratkhabar dan NGO itu sebenarnya telah menenggelamkan 2 isu besar iaitu Pulau Pinang sebagai hub pelacuran yang mesti difikirkan oleh Lim Guan Eng DAP dan juga rintihan keluarga-keluarga pelanggan pelacur tersebut.


“Mengenai (bantahan) NGO, saya ajak mereka ikut sama dalam oeprasi, tolong fikir pasal orang yang buat complain. Banyak masa dan wang dihabiskan - kadang-kadang sewa apartmen (juga tidak dibayar),


Datuk Ayub Yaakob

“Bayangkan jika mereka suami awak, anak-anak ditinggalkan, tidak ada masa kualiti bersama bapa. Nanti (timbul) masalah lain pula - masalah sosial

“Jadi tolong ada sikit kesedaran sebelum soal pasal kerja kami,” kata Datuk Ayub Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang.

MiM setuju dengan penerangan yang diberikan oleh KPPP itu.
Dan selepas ini, kita semua mahu pula melihat suratkhabar Cina, Alex Khoo dan Irene Fernandez supaya bingkas membantu dan mendengar rintihan isteri-isteri dan anak-anak yang terpinggir dek suami dan bapa yang melanggani pelacur-pelacur tersebut!

Bolehkah?



Komen Lintau:


Kita hairan bagaimana PAS gagal menasihati tindakan dan gelagat pemerintah DAP yang menjadi sekutunya ini.

Muktamar Pas meluluskan usul membincangkan penyebaran video bukti perbuatan maksiat anggota Gerombolan mereka tetapi tidak pula mengusulkan perbahasan menyekat pertumbuhan perniagaan maksiat rakan sekutu dari DAP.


Benar kata-kata sebahagian besar ahli-ahli dan pengikut Pas bahawa parti Pas sudah berubah menjadi  parti suruhan DAP semata-mata untuk mendapat undi China..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...